WEBSITE RASMI SYARIKAT: www.agromultytrading.com

MAKLUMAN TERKINI


PENUBUHAN KOPERASI 


Pada tarikh 12 Mei 2011 ,Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah meluluskan permohonanan Agro Multy Trading Berhad untuk menubuhkan sebuah koperasi yang mana pada permulaan hanya untuk kawasan Negeri Sembilan . Koperasi itu dinamakan ” KOPERASI USAHASAMA AHLI AGRO MULTY TRADING  NEGERI SEMBILAN BHD ” . Semoga dengan ada nya Koperasi ini ,akan lebih memantapkan lagi pencapaian dan produktiviti syarikat untuk ahli-ahli


MESYUARAT AGONG PERMULAAN

Mesyuarat Agong Permulaan Koperasi Ahli Agro Multy Trading Berhad Negeri Sembilan Berhad telah diadakan pada 01 Jun  2011 bertempat di Hotel Alson Klana,Seremban dengan dihadiri oleh 79 orang untuk melantik Ahli Lembaga Pengarah Koperasi.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh dua orang pegawai SKM ( Suruhanjaya Koperasi Malaysia ) untuk memerhatikan perjalanan dan memberi sedikit nasihat berkaitan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi.  Pihak Koperasi telah bersetuju melantik SKM Negeri Sembilan menjadi JURUAUDIT luar bagi Koperasi Ahli Agro Multy Trading Berhad Negeri Sembilan Berhad

   TAHNIAH diucapkan kepada 12 orang Ahli Lembaga Pengarah yang telah dilantik diharapkan agar dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

TEMPAHAN PAKEJ

Nama :
Alamat Email :
No. Telefon :
Alamat :
Pakej :
Catatan :